Jumaat

STRATEGI MENJAWAB SOALAN ESEI

1-Calon hendaklah membaca kesemua soalan yang dikemukakan di Bahagian B sebelum membuat pilihan soalan yang hendak dijawab
2-Calon juga perlu memahami kehendak soalan danh pilihlah soalan yang anda pasti atau yakin mempunyai banyak isi/fakta untuk di jawab
3-pastikan calon memilih dan menjawab soalan sebagaimana yang di arahkan
4-Calon dinasihatkan menjawab soalan yang paling mudah/yang anda yakin dapat menjawabnya dengan lebih baik terlebih dahulu
5-Catatkan secara kasar kesemua isi penting bagi setiap soalan yang dipilih sebagai panduan untuk menjawab
6-Jawapan hendaklah jelas dan teratur.Dahulukan isi-isi mengikut keutamaan
isi hendaklah dihuraikan secara mendalam dan dikaitikan denagan kehendak soalan.setiap isi penting hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan
7-Calon juga dinasihatkan menjawab secara terus.Bahasa yang digunakan mestilah tepat dan mudah difahami.Tulisan hendaklah terang dan mudah dibaca oleh pemeriksa.
8-Calon juga perlu memperuntukkan masa dengan sewbaik-baiknya.Masa 30 minit untuk setiap soalan dan bagi setiap pecahan soalan yang mempunayai markah yang banyak perlu diberi penekanan lebih sedikit
9-Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab setiap soalan
10-Untuk mendapatkan markah yang tinggi,jawapan anda mestilah penuh dengan isi/fakta yang diikuti dengan huraian yang lengkapdan contoh-contoh yang meyakinkan

KONSEP TAMADUN

Apakah makna tamadun mengikut bahasa arab?
-berasal daripada perkataan arab iaitu mudun dan madain
-madana bermaksud tinggi budi bahasa
-madana bermaksud pembukaan bandar

Apakah makna tamadun mengikut bahasa Inggeris?
-Civilization yang berasal daripada bahasa Greek iaitu yang bermaksud bandar
-Tamadun diertikan sebagai peradaban

Apakah makna tamadun mengikut masyarakat Barat?
-Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
-Bidang penulisan/undang-undang,kesenian/pembandaran
-Gordon Childe berpendapat pencapaian lahiriah merupakan kayu pengukur kemajuan tamadun

Apakah makna tamadun mengikut Islam?
-merangkumi pembangunan lahiriah dan kerohanian

Apakah makna tamadun mengikut Syed Naquib Al-Attas?
-Pencapaian tahap susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur sesebuah masyarakat

Apakah makna tamadun mengikut Richard Sullivan?
-Unsur kerohanian sangat penting dalam konsep tamadun

PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

SOALAN STURUKTUR

1-Soalan ini terkandung dalam kertas 2 dan dalam bahagian A
2-Terdapat 4 soalan dalam bahagian ini dan calon-calaon dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut
3-masa yang diperuntukkan kesemua soalan ini adalah 60 minit.Ini bermakna setaip soalan hanya diperuntukkan 15 minit sahaja untuk menjawabnya
4-setiap soaln dipecahkan kepada beberapa bahagian terdiri daripada(a),(b),(c),dan (d).Setaip soalan ini dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian yang lain sperti(i),(ii),(iii),dan(iv)
5-Setiap soalan akan dinyatakan markahnya dan calon-calon dikehendaki memberikan jawapan berdasarkan markah yang diberikan

Contoh Soalan Struktur:
1 Zaman Pra Sejarah ialah satu zaman manusia masih belum mengenali sistem dan kajian terhadapnya adalah berdasarkan jumpaan arkeologi.
(a)Nyatakan dua tahap zaman Pra Sejarah.
(i) __________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________
(2 markah)

(b)Nyatakan tiga ciri penting masyarakat pada zaman awal Pra Sejarah.
(i) __________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________
(iii)__________________________________________________________________
(3 markah)

(c)Nyatakan tiga ciri penting masyarakat yang dikatakan pada zamannya sudah bertamadun.
(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________
(iii)___________________________________________________________________
(3 markah)

(d)Nyatakan dua bandar yang muncul dari perkembangan petempatan yang besar menjadi kota atau bandar.
(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________
(2 markah)

Contoh jawapan
Soalan 1 (a) i)zaman paleolitik
ii)zaman mesolitik
(b) i)hidup berpindah randah
ii)tinggal didalm gua
iii)hidup berkelompok
(c) i)mula hidup menetap
ii)penciptaan alatan batu
iii)bercucuk tanam dan menternak binatang
(d) i)Jericho di Jordan
ii)Catal Huyuk di Turki

strategi efektif menjawab soalan sejarah kertas 1

SOALAN OBJEKTIF:

1- anda mestilah menjawab kesemua solan yang dikemukakan
2- baca dan fahami soalan yang dikemukakan
3- pastikan anda memilih jawapan yang paling betul dan tepat
4- baca soalan daripada soalan pertama dan baca pilihan jawapan,apabila sudah yakin,barulah tandakan jawapan dan seterusnya soalan-soalan yang berikutnya
5- jika terdapat soalan yang sukar dijawab,jangan habiskan masa memikirkan sebaliknya anda digalakkan untuk menjawab soalan berikutmya
6- sekiranya terdapat lebihan masa cubalah menjawab soalan yang sukar itu
7- jawapan pilihan anda mestilh ditandakan pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti
8- pastikan jawapan yang ditanda dikertas jawapan sama dengan jawapan pilihan yang terdapat pada kertas solan itu
9- sebelum menyerahkan kertas jawapan kepda pengawas peperiksaan,pastikan kesemua soalan telah ditandakan jawapannya dan semua butiran yang diperlukan telah diisi
10- masa perlu diuruskan dengan bijak keran setiap soalan mempunyai purata masa SATU MINIT untuk dijawab.Jangan gunakan terlalu banyak masa untuk sesuatu soalan

CONTOH SOALAN YANG TERDAPAT DALAM PEPERIKSAAN SPM:

*Aneka Pilihan
soalan berbentuk pengetahuan
'Mengapa perlunya sistem perundangan dalam tamadun manusia?'
A untuk mempertahankan agama
B untuk mengawal segala tingkahlaku manusia
C untuk menjamin kuasa mutlak raja
D untuk menjamin perkembangan budaya

Jawapan:B untuk mengawal tingkahlaku manusia
fakta buku teks:''susunan peraturan yang diadakan adalah untuk mengawal segak\la tingkah laku manusia''

*Aneka Pelengkap
contoh soalan 1
'Apakah faktor yang mempengaruhi penyebaran Islam di Asia Tenggara pada kurun ke 15?'
I penghantaran perutusan kepada setiap negara
II penaklukan negeri-negeri di sekitarnya
III pengislaman raja-raja
IV perana pendakwah
A I,II,dan III
B I,II,dan IV
C I,III,dan IV
D II,III,dan IV

Jawapan:D II,III,dan IV
untuk soalan aneka pelengkap,pelajar harus mencari jawapan aneka pelengkap yang salah atau tidak logik dengan kehendak soalan
Contoh:Jawapan pelengkap I adalah salah dari segi fakta kerana cara tersebut tidak digunakan untuk penyebaran Islam di Asia Tenggara.Jawapan A,B,dan C mempunyai jawapan aneka pelengkap I yang salah,jadi jawapan A,B dan C tidak boleh diterima sebagai jawapan