Ahad

peruncingan sejarah

tingkatan 4

-bab 1~sumbagan tamadun indus
-bab 2~sumbangan tamadun hwang ho
-bab 3~kerajaan agraria
~kepentingan tasik tonle sap
~pengaruh hindu buddha di asia tenggara
~monumen
~candi-contoh2 candi & tahap kehidupan candi
-bab 6~kerajaan khulafak arrasyidin
~kerajaan Bani Umaiyah (sumbangan dlm politik serta faktor2nya!)
~kerajaan turki uthmaniah (empayar)
-bab 7~teori kedatangan islam
~pengaruh islam di a.Tenggara
~ kesan pengaruh islam terhadap ekonomi
-bab 8~kesan2 ekonomi
-bab 9~zaman gelap

Tingkatan 5

-bab1~ciri2 birokrasi barat
-bab 2~undang2 tubuh kerajaan JOHOR & TERENGGANU
-bab 5 ~pakatan murni
~penubuhan parti perikatan
-bab 7~lambang2 negara MALAYSIA (JATA,LAGU,BENDERA)

Khamis

kegiatan ekonomi kerajaan agraria

kegiatan2:
-menanam padi di sawah di lembah sunagi
-menanam padi huma di kawasan lereng bukit
-menanam tanaman sampingan
*jagung,pisang,keledek,sayur-sayuran
-menghasilkan beberapa jenis rempah
*cengkih,lada hitam
-mencari sarang burung tujuan perdagangan
-menangkap ikan
*di sawah,paya,sungai
-menternak binatang
*lembu,kerbau,kambing,ayam
-mencari kulit kura-kura
-mengumpul hasi hutan
*kayu gaharu,kapur barus,tanduk,gading

kerajaan agraria

lokasi:
-di lembah sungai
-di kawasan pedalaman


kerajaan agraria yg terdapat di asia tenggara:
-kerajaan angkor
-kerajaan funan
-kerajaan sungai mekong
-kerajaan taruma
-kerajaan sailendra
-kerajaan dravati di sungai menam


mengapa ia terbentuk di kawasan lembah sungai???:
-tanah subur
-bekalan air cukup untuk pertanian
-jalan pengangkutan & perhubungan
-bekalan ikan sbg sumber protein
-memudahkan kegiatan perdagangan



FAKTOR2 perkembangan kerajaan agraria:
-tanah yang subur
-membekalkan sumner makanan
-membekalkan bahan pertanian untuk perdagangan
-pembinaan sistem pengairan
-kaya dgn rempah ratus
-kaya dgn hasil hutan

Selasa

SUMBANGAN TAMADUN DUNIA

Sistem Demokrasi
-tamadun YUNANI mewariskan Sistem Pemerintahan Demokrasi
-rakyat terikat dengan pembentukan kerajaan

Sistem Republik
-kerajaan ROM mewariskan Sistem Republik
-Sistem Republik diamalkan di India,Perancis,Afrika
-Rakyat terikat dalam pemilihanketua negara iaitu Presiden

Agama & Falsafah
-agama HINDU,BUDDHA,AJARAN CONFUCIANISME,TAOISME merupakan warisan yang diamlkan hingga hari ini
-ilmu falsafah LEGALISME,STOICISME,FALSAFAH ARISTOTLE,SOCRATES,PLATO,menjadi rujukan ahli falsafah moden

Seni bina,Sains & Teknologi
-teknologi pembinaan AQUADUCT,COLLOSEUM,PANTHEON,TEMBOK BESAR CHINA,STUPA,CANDI,PAGODA
-tamadun CHINA mewariskan teknologi kertas & tembikar
-teknologi yang berkaitan matematik,astronomi,fizik,perubatan seni bina

Kesusasteraan
-hasi sastera masih menjadi rujukan contohnya ILLIAD,ADYSEY,MAHABRATA,RAMAYANA
-tamadun China meningglkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia,kisah perjalanan dan maklumat geografi

Bahasa
-LATIN & SANSKRIT merupakan bahasa penting yang berkaitan dengan agama
-LATIN-KRISTIAN
-SANSKRIT-HINDU

Sosial
-sistem pendidikan diteruskan dan diubahsuai
-pengenalan sistem peperiksaan

Sukan
-menyumbang kepada kelahiran sistem OLIMPIK
-pertandingan diadakan di OLYMPIA
-negara kota bersaing ialah ATHENS,SPARTA,CORINTH,THEBES,OLYMPIA,ARGOS
-berTujuan menghormati TUHAN ZEUS
-berbeza dengan sukan olimpik moden dari segi aspek tujuan,bilangan peserta dan bilangan acara dipertandingkan

Tamadun China

Latar belakang:
*terletak di lembah Hwang Ho dan meluas ke selatan China
*Dinasti Chia wujud pada tahun 221-206 s.m
*Maharaja Shih Huang ti merupakan pengasas Dinasti Chin
*nama sebenar ialah Raja Chen
*Beliau berjaya membentuk empayar yang luas sehingga ke sungai Merah di Vietnam
*Beliau menyatukan semua jajahan takluknya di bawah pentadbiran pusat

Pemerintahan & Pentadbiran:
-pemerintahan feudal bertukar kepada pemerintahan berpusat
-gelaran raja bertukar kepada maharaja
-pegawai kerajaan dilantik melalui sistem perkhidmatan awam
-melahirkan zaman empayar
-membentuk birokrasi awam
-perlantikan melalui pencapaian peperiksaan awam

Perundangan:
~berteraskan hukuman berat
~teras undang2 FALSAFAH LEGALISME
~diperkenalkan oleh ahli falsafah Han Fei Tzu
~undang2 tegas dapat mengawal tingkahlaku manusia
~kuasa raja mesti utuh
~penguatkuasaan dipelihara dalam apa juga keadaan
~bertentangan dengan undang2 Confucius
~menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian masyarakat

Perluasan Kuasa:
*bermula pada zaman dinasti Chin
*semasa pemerintahan Shih Huan ti
*beliau berjaya menyatukan seluruh kerajaan di China
*memerintah secara autokratik
*kuasa bangsawan dihapuskan dan digantikan dengan gabenor dan panglima tentera
*tembok besar China dibina daripada serangan luar
*Kejatuhan Dinasti Chin menyebabkan Dinasti Han muncul
*maharaja Han Wu Tin pada zaman Dinasti Han meluaskan kawasan takluknya melelui angkatan tentera yang kuat

Ekonomi:
-Penciptaan tenggala
-penciptaan kolar kuda
-kelebihan kolar kuda China
-tanaman bergilir
-pembinaan teres
-pembinaan terusan
-jaringan jalan laut
-lokasi jalan sutera darat
-wujud sistem perhubungan
-kemunculan persatuan perdagangan
-kemuncualan alat pengankutan

Pendidikan:
>matalamat utama untuk lulus peperikasaan awam
>3 peringkat pendidikan
>pendidikan rendah tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci
>pendidikan di China untuk kepentingan pentadbiran

PEPERIKSAAN AWAM TAMADUN CHINA
=>tahap 1-setaraf ijazah pertama,dijalankan didaerah
=>tahap 2-setaraf dengan sarjana,dijalankan di ibu kota daerah
=>tahap 3-setaraf doktor falsafah,dijalankan di dalam istana
=>lulus tahap 1-boleh menjadi pegawai kerajaan
=>lulus tahap 2-layak menjadi pendidik
=>sistem peperikasaan awam China adalah yang tertua didunia
=>peperikasaan dikendalikan dengan ketat
=>orang yang meniru akan dihukum mati
=>pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
=>calon ditempatkan disebuah bilik dan diberi makan
=>calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan

Sains & Teknologi
*penciptaan kertas
*konsep Yin & Yang

TAMADUN ROM

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAMADUN ROM:
-Berkembang di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di lembah Latium
-Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin
-Pemerintah Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar
-Majlis perbandaran telah mewujudkan kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di Bandar.
-Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar seperti bekalan air / rumah ibadat / teater/ rumah mandi
awam / istana

Keistimewaan Bandar Pompei:
-merupakan Bandar contoh dengan pelbagai kemudahan
-mempunyai 5000 penduduk
-terdapat mahkamah,pejabat,dewan,perpustakaan,rumah ibadah,kedai,pintu gerbang,dan colloseum.

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Sistem pemerintahan beraja di Rom:
-bermula dengan system beraja
-diperintah oleh raja berketurunan Eruscan yang bukan berketurunan Latin
-golongan bangsawan dikenali sebagai Patrician telah memberontak terhadap pemerintahan beraja mutlak

PERUNDANGAN
Prinsip undang-undang Rom:
-semua manusia sama di sisi undang-undang
-seseorang tidak akan bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya
-keadilan terhadap setiap individu
-hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi

PENDIDIKAN
Ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom:
-menekankan semangat setia kepada Rom
-Peringkat awal banyak mengambil unsure dari Yunani
-Pusat pendidikan telah melahirkan jurutera yang dapat membina system pengairan,bangunan dan jalan raya

FALSAFAH
Ciri-ciri falsafah dalam tamadun Rom:
-Banyak mengambil dari tamadun Yunani
-Menekankan keadilan,perikemanusiaan ,tanggungjawab dan keberanian

SAINS DAN TEKNOLOGI
Ciri-ciri sains dan teknologi:
-Beothius merupakan tokoh matematik
-mengaitkan matematik dengan muzik,astronomi dan geometri

Isnin

SUMBANGAN TAMADUN INDUS

1-Mengeksploitasikan kelebihan yang dimiliki
2-Perancangan bandar
3-Sifat keterbukaan
4-Aspek keamanan

TAMADUN INDUS

Lokasi tamadun Indus:
-Di lembah Indus yang disaliri oleh sungai Indus yang berpunca dari pergunungan Himalaya

Faktor kejatuhan tamadun Indus:
-Serangan orang aryan
-bencana alam iaitu kemarau dan banjir

Dua bandar utama yang terletak di lembah Indus:
-Mohenjo-daro
-Harappa

Bukti wujudnya hubungan perdagangan antara tamadun Indus di Mesopotamia:
-Penemuan cop mohor buatan masyarakat indus di mesopotamia

Bentuk tulisan tamadun Indus:
-Bentuk piktograf

SUMBANGAN TAMADUN MESIR

1-Pembinaan piramid
2-penciptaan kertas(daripada pokok papyrus)
3-sistem tulisan hieroglif
4-mewujudkan sistem pendidikan
5-ilmu perubatan
6-penguasaan ilmu matematik dan astronomi
7-menghasilkan batu bata

Ahad

TAMADUN MESIR PURBA

Lokasi tamadun Mesir Purba:
-Di tebing sungai Nil

Nama dua batang anak sungai Nil:
-Sungai Nil Biru
-sungai Nil Putih

Sebab tamadun Mesir dikatakan anugarah daripada sungai Nil:
-tamadun Mesir terletak di lembah sg Nil
-limpahan air sg Nil menukar bentuk muka bumi tandus kepada kawasan subur
-lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
-delta sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan kekal

Nama tiga bandar utama tamadun Mesir Purba:
-Thinis
-Memphis
-Thebes

Ciri-ciri raja Mesir Purba:
-berkuasa mutlak
-dianggap suci
-jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun
-pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
pada dinasti ketiga,firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari iaitu Amon-Re
-sebagai ketua pendeta,pemilik tanah,ketua hakim dan ketua pahlawan

Susun lapis masyarakat Mesir Purba:
-Firaun
-Bangsawan
-Rakyat bebas
-Golongan hamba

Sumbangan firaun perempuan yang bernama Hatshepsut:
-Pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur

Nama tulisan tamadun Mesir Purba:
-hieroglif

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

~Sistem tulisan Cuneiform
~Ilmu astronomi
~Perkembangan ilmu perubatan
~Penciptaan roda
~Mencipta alat pengangkutan terawal
~Cara membuat batu-bata
~Seni bina
~Empayar pertama di dunia

Sabtu

TAMADUN MESIR PURBA

Lokasi tamadun mesir purba:
-Di tebing Sungai Nil

Dua batang anak sungai:
-Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih

Sebab Tamadun Mesir dikatakan anugerah daripada Sungai Nil:
-Tamadun Mesir terletak di lembah Sungai Nil
-Limpahan air Sungai Nil menukar bentuk bumi tandus kepada kawasan subur
-Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
-Delta sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan kekal

Tiga bandar utama tamadun Mesir:
-Thinis,Memphis,Thebes

Ciri-ciri Raja Mesir(firaun):
-Berkuasa mutlak
-Dianggap suci
-Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun
-Pada zaman kerajaan lama ,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
- Pada dinasti ketiga,firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari iaitu,Amon-Re
-Sebagai ketua pendeta
-Pemilik tanah/ketua hakim/ketua pahlawan

Susun lapis masyarakat Mesir:
-Firaun
-Bangsawan yang meliputi golongan bangsawan,rahib,tuan tanah dan juru tulis
-Rakyat bebas yang terdiri daripada petani,pedagang dan artisan
-Golongan hamba

Sumbangan firaun perempuan yang bernama Hatshepsut:
-Pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur

Ciri-ciri agama orang Mesir Purba:
-Percaya kepada konsep politeisme(percaya kepada banyak tuhan)
-Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam

Ahad

TAMADUN MESOPOTAMIA

Maksud perkataan:
~tanah diantara dua batang sungai

Lokasi tamadun Mesopotamia:
~diantara sg. Tigris dan sg. Euphrates

Negara kota tamadun Mesopotamia:
~Kish/Nippur/Ur/Uridu/Lagash/Uruk

Bentuk sistem pemerintahan beraja:
~teokrasi(raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan)

Kuasa raja dalam tamadun Mesopotamia:
~ketua agama,berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di zigurat,berkuasa dalam hal tanah/cukai/hasil pertanian/hasil perniagaan,menentukan bentuk pentadbiran

Peranan zigurat:
~sebagai pusat ibadah,pusat perdagangan,pusat penyimpanan khazanah negara

nama sistem tulisan tamadun Mesopotamia:
~Cuneiform

Ciri-ciri utama tamadun awal

1-Petempatan kekal
2-Kehidupan berorganisasi
3-Sistem pemerintahan
4-Pengkhususan pekerjaan
5-Agama dan kepercayaan
6-Bahasa dan sistem tulisan

Jumaat

STRATEGI MENJAWAB SOALAN ESEI

1-Calon hendaklah membaca kesemua soalan yang dikemukakan di Bahagian B sebelum membuat pilihan soalan yang hendak dijawab
2-Calon juga perlu memahami kehendak soalan danh pilihlah soalan yang anda pasti atau yakin mempunyai banyak isi/fakta untuk di jawab
3-pastikan calon memilih dan menjawab soalan sebagaimana yang di arahkan
4-Calon dinasihatkan menjawab soalan yang paling mudah/yang anda yakin dapat menjawabnya dengan lebih baik terlebih dahulu
5-Catatkan secara kasar kesemua isi penting bagi setiap soalan yang dipilih sebagai panduan untuk menjawab
6-Jawapan hendaklah jelas dan teratur.Dahulukan isi-isi mengikut keutamaan
isi hendaklah dihuraikan secara mendalam dan dikaitikan denagan kehendak soalan.setiap isi penting hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan
7-Calon juga dinasihatkan menjawab secara terus.Bahasa yang digunakan mestilah tepat dan mudah difahami.Tulisan hendaklah terang dan mudah dibaca oleh pemeriksa.
8-Calon juga perlu memperuntukkan masa dengan sewbaik-baiknya.Masa 30 minit untuk setiap soalan dan bagi setiap pecahan soalan yang mempunayai markah yang banyak perlu diberi penekanan lebih sedikit
9-Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab setiap soalan
10-Untuk mendapatkan markah yang tinggi,jawapan anda mestilah penuh dengan isi/fakta yang diikuti dengan huraian yang lengkapdan contoh-contoh yang meyakinkan

KONSEP TAMADUN

Apakah makna tamadun mengikut bahasa arab?
-berasal daripada perkataan arab iaitu mudun dan madain
-madana bermaksud tinggi budi bahasa
-madana bermaksud pembukaan bandar

Apakah makna tamadun mengikut bahasa Inggeris?
-Civilization yang berasal daripada bahasa Greek iaitu yang bermaksud bandar
-Tamadun diertikan sebagai peradaban

Apakah makna tamadun mengikut masyarakat Barat?
-Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
-Bidang penulisan/undang-undang,kesenian/pembandaran
-Gordon Childe berpendapat pencapaian lahiriah merupakan kayu pengukur kemajuan tamadun

Apakah makna tamadun mengikut Islam?
-merangkumi pembangunan lahiriah dan kerohanian

Apakah makna tamadun mengikut Syed Naquib Al-Attas?
-Pencapaian tahap susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur sesebuah masyarakat

Apakah makna tamadun mengikut Richard Sullivan?
-Unsur kerohanian sangat penting dalam konsep tamadun

PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

SOALAN STURUKTUR

1-Soalan ini terkandung dalam kertas 2 dan dalam bahagian A
2-Terdapat 4 soalan dalam bahagian ini dan calon-calaon dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut
3-masa yang diperuntukkan kesemua soalan ini adalah 60 minit.Ini bermakna setaip soalan hanya diperuntukkan 15 minit sahaja untuk menjawabnya
4-setiap soaln dipecahkan kepada beberapa bahagian terdiri daripada(a),(b),(c),dan (d).Setaip soalan ini dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian yang lain sperti(i),(ii),(iii),dan(iv)
5-Setiap soalan akan dinyatakan markahnya dan calon-calon dikehendaki memberikan jawapan berdasarkan markah yang diberikan

Contoh Soalan Struktur:
1 Zaman Pra Sejarah ialah satu zaman manusia masih belum mengenali sistem dan kajian terhadapnya adalah berdasarkan jumpaan arkeologi.
(a)Nyatakan dua tahap zaman Pra Sejarah.
(i) __________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________
(2 markah)

(b)Nyatakan tiga ciri penting masyarakat pada zaman awal Pra Sejarah.
(i) __________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________
(iii)__________________________________________________________________
(3 markah)

(c)Nyatakan tiga ciri penting masyarakat yang dikatakan pada zamannya sudah bertamadun.
(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________
(iii)___________________________________________________________________
(3 markah)

(d)Nyatakan dua bandar yang muncul dari perkembangan petempatan yang besar menjadi kota atau bandar.
(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________
(2 markah)

Contoh jawapan
Soalan 1 (a) i)zaman paleolitik
ii)zaman mesolitik
(b) i)hidup berpindah randah
ii)tinggal didalm gua
iii)hidup berkelompok
(c) i)mula hidup menetap
ii)penciptaan alatan batu
iii)bercucuk tanam dan menternak binatang
(d) i)Jericho di Jordan
ii)Catal Huyuk di Turki

strategi efektif menjawab soalan sejarah kertas 1

SOALAN OBJEKTIF:

1- anda mestilah menjawab kesemua solan yang dikemukakan
2- baca dan fahami soalan yang dikemukakan
3- pastikan anda memilih jawapan yang paling betul dan tepat
4- baca soalan daripada soalan pertama dan baca pilihan jawapan,apabila sudah yakin,barulah tandakan jawapan dan seterusnya soalan-soalan yang berikutnya
5- jika terdapat soalan yang sukar dijawab,jangan habiskan masa memikirkan sebaliknya anda digalakkan untuk menjawab soalan berikutmya
6- sekiranya terdapat lebihan masa cubalah menjawab soalan yang sukar itu
7- jawapan pilihan anda mestilh ditandakan pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti
8- pastikan jawapan yang ditanda dikertas jawapan sama dengan jawapan pilihan yang terdapat pada kertas solan itu
9- sebelum menyerahkan kertas jawapan kepda pengawas peperiksaan,pastikan kesemua soalan telah ditandakan jawapannya dan semua butiran yang diperlukan telah diisi
10- masa perlu diuruskan dengan bijak keran setiap soalan mempunyai purata masa SATU MINIT untuk dijawab.Jangan gunakan terlalu banyak masa untuk sesuatu soalan

CONTOH SOALAN YANG TERDAPAT DALAM PEPERIKSAAN SPM:

*Aneka Pilihan
soalan berbentuk pengetahuan
'Mengapa perlunya sistem perundangan dalam tamadun manusia?'
A untuk mempertahankan agama
B untuk mengawal segala tingkahlaku manusia
C untuk menjamin kuasa mutlak raja
D untuk menjamin perkembangan budaya

Jawapan:B untuk mengawal tingkahlaku manusia
fakta buku teks:''susunan peraturan yang diadakan adalah untuk mengawal segak\la tingkah laku manusia''

*Aneka Pelengkap
contoh soalan 1
'Apakah faktor yang mempengaruhi penyebaran Islam di Asia Tenggara pada kurun ke 15?'
I penghantaran perutusan kepada setiap negara
II penaklukan negeri-negeri di sekitarnya
III pengislaman raja-raja
IV perana pendakwah
A I,II,dan III
B I,II,dan IV
C I,III,dan IV
D II,III,dan IV

Jawapan:D II,III,dan IV
untuk soalan aneka pelengkap,pelajar harus mencari jawapan aneka pelengkap yang salah atau tidak logik dengan kehendak soalan
Contoh:Jawapan pelengkap I adalah salah dari segi fakta kerana cara tersebut tidak digunakan untuk penyebaran Islam di Asia Tenggara.Jawapan A,B,dan C mempunyai jawapan aneka pelengkap I yang salah,jadi jawapan A,B dan C tidak boleh diterima sebagai jawapan

Khamis

TIPS-TIPS UNTUK MENDALAMI SEJARAH

SETIAP PELAJAR PERLU MENGUASAI:

-memahami isi dan kandungan teks secara keseluruhan
-menguasai bab secara holistik
-menjawab soalan untuk tujuan mengulangkaji secara kendiri
-meningkatkan pemahaman dan motivasi pelajar dalam menghayati kandungan teks
-mengunjungi tempat-tempat bersejarah untuk mendapat bahan sejarah
-layari laman yang berkaitan untuk mendapatkan pengetahuan bagi memperkayakan pengetahuan dalam memperkayakan pemikiran yang kritis dan kreatif




TAJUK-TAJUK DALAM SUKATAN TINGKATAN 4:

BAB 1 -Kemunculan tamadun awal manusia
BAB 2 -Peningkatan tamadun
bab 3 -Tamadun awal di asia tenggara
bab 4 -Kemunculan tamadun Islam dan perkembangannya di mekah
bab 5 -Kerajaan Islam di Madinah
bab 6 -Pembentukan dan sumbangannya
bab 7 -Islam di asia tenggara
bab 8 -Pembaharuan dan pengaruh Islam di Malaysia sebelum kedatangan barat
bab 9 -Perkembangan di Eropah
bab10 -Dasar British dan perkembangannya terhadap ekonomi negara