Lokasi tamadun mesir purba:
-Di tebing Sungai Nil
Dua batang anak sungai:
-Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih
Sebab Tamadun Mesir dikatakan anugerah daripada Sungai Nil:
-Tamadun Mesir terletak di lembah Sungai Nil
-Limpahan air Sungai Nil menukar bentuk bumi tandus kepada kawasan subur
-Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
-Delta sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan kekal
Tiga bandar utama tamadun Mesir:
-Thinis,Memphis,Thebes
Ciri-ciri Raja Mesir(firaun):
-Berkuasa mutlak
-Dianggap suci
-Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun
-Pada zaman kerajaan lama ,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
- Pada dinasti ketiga,firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari iaitu,Amon-Re
-Sebagai ketua pendeta
-Pemilik tanah/ketua hakim/ketua pahlawan
Susun lapis masyarakat Mesir:
-Firaun
-Bangsawan yang meliputi golongan bangsawan,rahib,tuan tanah dan juru tulis
-Rakyat bebas yang terdiri daripada petani,pedagang dan artisan
-Golongan hamba
Sumbangan firaun perempuan yang bernama Hatshepsut:
-Pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur
Ciri-ciri agama orang Mesir Purba:
-Percaya kepada konsep politeisme(percaya kepada banyak tuhan)
-Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam
Sabtu
TAMADUN MESIR PURBA
Posted by a1spm09-sejarah at 7:01 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan