Jumaat

strategi efektif menjawab soalan sejarah kertas 1

SOALAN OBJEKTIF:

1- anda mestilah menjawab kesemua solan yang dikemukakan
2- baca dan fahami soalan yang dikemukakan
3- pastikan anda memilih jawapan yang paling betul dan tepat
4- baca soalan daripada soalan pertama dan baca pilihan jawapan,apabila sudah yakin,barulah tandakan jawapan dan seterusnya soalan-soalan yang berikutnya
5- jika terdapat soalan yang sukar dijawab,jangan habiskan masa memikirkan sebaliknya anda digalakkan untuk menjawab soalan berikutmya
6- sekiranya terdapat lebihan masa cubalah menjawab soalan yang sukar itu
7- jawapan pilihan anda mestilh ditandakan pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti
8- pastikan jawapan yang ditanda dikertas jawapan sama dengan jawapan pilihan yang terdapat pada kertas solan itu
9- sebelum menyerahkan kertas jawapan kepda pengawas peperiksaan,pastikan kesemua soalan telah ditandakan jawapannya dan semua butiran yang diperlukan telah diisi
10- masa perlu diuruskan dengan bijak keran setiap soalan mempunyai purata masa SATU MINIT untuk dijawab.Jangan gunakan terlalu banyak masa untuk sesuatu soalan

CONTOH SOALAN YANG TERDAPAT DALAM PEPERIKSAAN SPM:

*Aneka Pilihan
soalan berbentuk pengetahuan
'Mengapa perlunya sistem perundangan dalam tamadun manusia?'
A untuk mempertahankan agama
B untuk mengawal segala tingkahlaku manusia
C untuk menjamin kuasa mutlak raja
D untuk menjamin perkembangan budaya

Jawapan:B untuk mengawal tingkahlaku manusia
fakta buku teks:''susunan peraturan yang diadakan adalah untuk mengawal segak\la tingkah laku manusia''

*Aneka Pelengkap
contoh soalan 1
'Apakah faktor yang mempengaruhi penyebaran Islam di Asia Tenggara pada kurun ke 15?'
I penghantaran perutusan kepada setiap negara
II penaklukan negeri-negeri di sekitarnya
III pengislaman raja-raja
IV perana pendakwah
A I,II,dan III
B I,II,dan IV
C I,III,dan IV
D II,III,dan IV

Jawapan:D II,III,dan IV
untuk soalan aneka pelengkap,pelajar harus mencari jawapan aneka pelengkap yang salah atau tidak logik dengan kehendak soalan
Contoh:Jawapan pelengkap I adalah salah dari segi fakta kerana cara tersebut tidak digunakan untuk penyebaran Islam di Asia Tenggara.Jawapan A,B,dan C mempunyai jawapan aneka pelengkap I yang salah,jadi jawapan A,B dan C tidak boleh diterima sebagai jawapan

0 comments: