Jumaat

STRATEGI MENJAWAB SOALAN ESEI

1-Calon hendaklah membaca kesemua soalan yang dikemukakan di Bahagian B sebelum membuat pilihan soalan yang hendak dijawab
2-Calon juga perlu memahami kehendak soalan danh pilihlah soalan yang anda pasti atau yakin mempunyai banyak isi/fakta untuk di jawab
3-pastikan calon memilih dan menjawab soalan sebagaimana yang di arahkan
4-Calon dinasihatkan menjawab soalan yang paling mudah/yang anda yakin dapat menjawabnya dengan lebih baik terlebih dahulu
5-Catatkan secara kasar kesemua isi penting bagi setiap soalan yang dipilih sebagai panduan untuk menjawab
6-Jawapan hendaklah jelas dan teratur.Dahulukan isi-isi mengikut keutamaan
isi hendaklah dihuraikan secara mendalam dan dikaitikan denagan kehendak soalan.setiap isi penting hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan
7-Calon juga dinasihatkan menjawab secara terus.Bahasa yang digunakan mestilah tepat dan mudah difahami.Tulisan hendaklah terang dan mudah dibaca oleh pemeriksa.
8-Calon juga perlu memperuntukkan masa dengan sewbaik-baiknya.Masa 30 minit untuk setiap soalan dan bagi setiap pecahan soalan yang mempunayai markah yang banyak perlu diberi penekanan lebih sedikit
9-Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab setiap soalan
10-Untuk mendapatkan markah yang tinggi,jawapan anda mestilah penuh dengan isi/fakta yang diikuti dengan huraian yang lengkapdan contoh-contoh yang meyakinkan

0 comments: